Hari ni aku balik lambat dari office. Banyak keje nak disettlekan sebelum bercuti yang tak berapa nak panjang (Chinese New Year) ni. Pukul 9.30 malam baru sampai rumah. Dapat tengok cerita Awan Dania pun sekejap je..lepas dok rehat regang-regangkan urat yang tegang nih, apeh lagi ke dapur lah aku.Menu malam ni ialah...Sup Ayam je. Haa!!sempoi tak?tak sempoi kan (walaupun ramai yg xsetuju)?napela aku nk masak jugak walaupun badan ni teramat la penat sangat kan..Tu ler 'AKU' kalu nak tahu.Kalu aku rasa nak makan aku nak jugak makan..Walaupun makanan tu boleh je beli kat kedai.Setakat sup ayam.Bayar Rm5.00 dah boleh bawa balik..tapi semua tu tak sama dengan air tangan diri sendiri...lagi-lagi bile B puji masakkan aku.
Aku terpikir...banyak sebenarnya pahala seorang isteri nih. Dengan penat mencari rezeki nak bantu suami, tambah pula dengan tanggungjawab berumah tangga, memasak, kemas umah dan macam-macam lagi la. Tapi alhamdulillah...selama hampir setahun setengah saya menjadi isteri..saya redha...sebab saya ikhlas buat semua ini untuk suami saya..
No comments:
Post a Comment