PREGNANCY SICKNESS

Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni kandungan saya dah masuk 7 minggu.Masih sangat terlalu awal usia kandungan ini.Setakat ni saya belum rasa alahan yang teruk-teruk lagi. Starting with mild alahan.Dah mula rasa mual2, tekak pun dah rasa loya, nafsu makan pun dah berkurangan, kepala selalu sakit-sakit dan pening dan selalu rasa nak muntah tapi belum muntah lagi.Badan ni dah mula rasa sangat letih dan malas nak bergerak.Mata nih rasa mau tido sentiasa.

Baby bump??Entah la...sebabnya saya ni sememangnya berbadan besar dan bahagian perut tuh memang agak muncit jadinya susah nak tau samada baby bump atau mommy bump!Agaknya tu kot masalah org big size ni bile mengandung kan...

Insyaallah Ahad ni saya ada appointment dengan doktor. Doktor nak scan kandungan saya dan periksa sama ada baby ni develop dengan sempurnanya atau tidak. Harap-harap baby dalam kandungan ni sihat sempurna.

Setakat ni saya dah mula minum susu anmum dan asid folic memang lama dah saya amalkan sejak TTC hari tuh.

Untuk kekawan yang TTC...jangan putus asa berdoa dan berdoa serta berusaha dan yang lain serah pada Allah S.W.T..Insyaallah ada rezeki itu cuma belum tahu bila masanya...Saya akan sentiasa berdoa untuk kalian...

No comments: