PANTANG LARANG ORANG TUA MENGENAI KEHAMILAN

Salam.Sejak saya hamil nih, saya selalu search info-info mengenai kehamilan. Maklumlah anak pertama, banyak benda nak perlu tahu. Antara info yang menarik minat saya adalah mengenai pantang larang orang tua semasa hamil. Saya pun tak tahu nak percaya atau tidak, cuma yang mana boleh saya elakkan, saya akan cuba..


a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Apa-apa pun..tepuk dada tanya iman. Jangan terlalu taksub takut terpesong akidah pulak.Yang penting semasa hamil kena jaga percakapan dan kelakuan.Wallahualam...

Sumber: Sini

2 comments:

diary_ciknaa said...

betul tu. kadang2 ada betul nye pantang larang ni. tp lebih baik kite beringat.. plg penting doa agar anak yg bakal dilahirkan ni sempurna dari awal kehamilan hingga lahir.. insyaallah =)

Kak Vit said...

As Salam perkenalan..jemput baca blog saya tentang kesihatan dan kecantikan serta penyusuan dan tips2 nya..jika berminat, saya ade sediakan Euphoria Trial Pack..:-)

Exchg link yea, saya folo sini..tq