Cloth Diaper VS Disposable Diaper

Assalammualaikum...

Semenjak dua menjak nih otak ni ligat dok pikir pasal Cloth Diaper (CD) ni. Memang sebelum mengandungkan my baby ni dah plan nak pakaikan CD ni untuk dia. Bukan sebab nak jimat (tapi memang menjimatkan kot!!) tapi sebabnya CD ni ada banyak kelebihannya berbading DD.

Sebelum nak cerita lebih lanjut apa sebenarnya CD ni..jom lah usha CD yang extremely sangatlah cumel!!Serius beb...


~Yang ni sesuai bangat untuk baby girl kan!PINKY~


~Purple.Pun sesuai untuk baby girl kan~



~Sesuai untuk baby boy~



~Colourful!macam2 warna ada~



~Geram nengok!~



~Bestnye kalau ada CD sebanyak nih!~


~Baby...nanti mama pakaikan macam ni yek.Kiut n selesa kan~

APA ITU CD?

CD ni macam Disposable Diaper (DD) cuma DD ni lepas pakai kita akan buang (Pakai dan buang) tetapi CD sebaliknya lepas pakai kita basuh (Pakai dan basuh).Tapi bukan jenis kain lampin empat segi (selalunya warna putih) yang mesti dipakai dengan pin dan kain getah plastik tu ye!Bukan yang itu yang sangat leceh untuk dipakai ok! CD yang ini adalah lampin kain moden yang mudah dan sangat praktikal.Jadi semestinya lah CD ni boleh membantu menjimatkan kewangan keluarga kan?? Selalunya CD ni boleh dipakai oleh anak kita sehingga usia mencecah 3 tahun. Lapisan luar CD ni terdiri dari material yang tahan bocor, bersih, tahan lasak serta mudah dicuci dan dijaga dan ia boleh bertahan mengikut tahap kebasahan. Lapisan dalam pula terdiri daripada fabrik yang dapat menyerap air dan memberi kekeringan pada kulit anak kita. Bahagian dalaman CD (jenis berpoket)dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert. Insert ni ada 2 jenis iaitu Bamboo atau Microfibre. Tahap penyerapan insert Bamboo lagi kuat berbanding insert Microfibre. Yang saya akan storey disini adalah jenis CD yang berpoket (pakai insert) sebab yang tak berpoket tak khatam lagi.Hehehe...

CD ni ada 2 bentuk:

1) VELCRO CD (pakai gam macam kasut sekolah)


2)SNAP BUTTON CD (pakai button yang boleh adjust)


Kalau pakai CD yang VELCRO, kita nak kena tahu saiz baby sama ada S,M,L dan XL. Tapi kalau yang jenis button tak payah pikir saiz sebab saiznya boleh adjust ikut kebesaran baby anda. Sebab tu kalau tengok banyaknya butang dkt CD tu kan?

Then, insert pulak ada 3 jenis (ni yang setakat yang saya tahu, mungkin ada jenis yang lain)

1) MICROFIBER


2) BAMBOO


3) BAMBOO CHARCOAL


Yang paling terer tahap penyerapan insert diatas adalah Bamboo Charcoal dan yang paling rendah sekali semestinya microfibre. Dan juga semestinya harga untuk bamboo charcoal lagi mahal dari yang microfibre.

Haa??cammana ade rasa tak macam nak pakai CD ni? Ada banyak brand untuk CD macam lunatots, autumz, babyland dan mcm2 lagi.Yang penting cek poket sendiri demi keselesaan bayi kamu2 semua. Lepas nih nak kena belajar cara-cara nak nak basuh CD ni..

Gambar2 diatas adalah hasil dari Google.

No comments: