Lamanya tak update blog. Perasaan malas membuak2 lately..Cuma selesa beblogwalking. Baca blog M2B, macam ramai je yang menunggu hari.
Minggu ni kandungan aku dah masuk minggu 34. Sekejap je rasa. Orang kata masuk je minggu 36 baby dah matang and anytime je boleh keluar. Tapi seelok-eloknya biarlah minggu 37 ke atas (kalau la boleh tahan kan...)
Perkembangan baby setakat hari ini:
1. Baby masih aktif menendang. Kekadang rasa memang geli je kat perut nih, tapi tak pe mama memang suka kalu baby gerak, kalu tak gerak tu yang mama risau k.
2.Baby dah pandai merajuk.Kalau aku termengata pasal dia yang kuat menendang tuh, pastinya the next day dia akan kurang menendang.Sampai aku risau dia tak tendang.Serius!! Dah 2 kali macam tuh. Now dah tahu, kalau orang tanya baby kuat tendang ke...aku kena behave bagi jawapan kalau tak baby majukkkk!!!
3.Kuat panas. Fuhh....lately nih memang berpeluh2 je badan aku memang tak tahan. Terpaksa la tido berkemban. Maklumlah rumah tak da aircond...
4.Selera makan memey terbaik lah!asik makan je...
Barang baby pun semua dah siap dibeli. Cuma tinggal barang2 yang besar2 je macam stroller dan car seat akan dibeli lepas bersalin nanti. Sekarang kita simpan duit dulu yeh!!Barang mamanya pun dah siap. Cuma belum siap packing je.Tengok lah dalam minggu ni..
Kena cari masa untuk packing, takut2 la terberanak awal kan....
1 comment:
salam roz:) lama tak jengah ke sini..wah dah dekat dah masa nya..semoga semuanya selamat,insyaAllah :) take care!
Post a Comment