~REVIEW :: Klinik Kanak-Kanak Chan~

Amsyar demam on off, batuk dan selsema start dari Kamis lepas. Jumaat lepas balik kerja kami suami isteri decide nak bawa Amsyar ke Klinik Kanak-Kanak Chan. Sebab dengar review dari member opis bagitau yang klinik ni bagus. Bile sampai je depan klinik, tengok ramainya mak bapak yang bawak anak dieorang. So cancel!Tak sanggup nak tunggu. Lepas tu cari klinik lain area Greenwood. Klinik pakar kanak-kanak Shanaliza. Tak jumpa..sebab tak tahu kat mana. Main redah je.... Ahad baru bawa Amsyar jumpa doktor dekat klinik kanak-kanak Dr Tan. Ramai jugak. Tapi kena tunggu sebab keadaan Amsyar macam dah teruk siket. Dr Tan ni ok...peramah dan lembut je..pandai attract patient kecik die....kami laki bini pun puas hati dengan penerangan Dr Tan ni. Amsyar stil not ok after two days makan ubat Dr Tan ni. Mungkin tak raksi dengan die. So semalam, kami bawa Amsyar ke klinik Dr Chan. Klinik yang mula2 kami decide nak bawa Amsyar. Kahak Amsyar banyak nak bernafas pun susah. Ramai sangat patient kecik dan kebanyakkannye adalah orang cina. India dengan melayu adalah seketul dua. After register dengan nurse chinese yang sangatla sempoi, pakai seluar pendek je kot nurse tu! kami tunggu dengan penuh kesabaran dan ketabahan. No giliran masa tu baru no 5 dan kami yang ke no 22. Bayangkan! Tapi nasib baik servis doktor laju. Lebih kurang 5-10 minit untuk sorang pesakit. Sementara tunggu giliran, ada lah lelaki India ni bagitau, klinik ni bagus. Tapi patient memang ramai. Dr Chan ni aku rase die lagi knowlegable dari Dr Tan. Die terangkan satu-satu pasal penyakit Amsyar. Kahak Amsyar dah teruk. Banyak. So kena bagi nebulizer. Kalau x confirm Amsyar tak boleh tido lagi. Then proceed dengan ubat-ubat yang dia bagi. Serius!sangat puas hati dengan penerangan doktor chan ni. Doktor bagi ubat kahak, batuk, block nose ngan ubat kembung. Consultantion and medicine cost about RM88.00. Lepas neb semalam, Amsyar nampak boleh bernafas dengan tenang. Kalau tak macam ada tersangkut je dekat kerongkong ngan idung die. Nak tido pun susah. Tapi Alhamdulillah semalam Amsyar tido lena. Bangun pagi nampak dia ceria siket. Hingus ngan batuk pun dah kurang. Memang bagus la ubat yang Dr Chan bagi. serius!!!! Harap hari ni keadaan die bertambah baik. p/s: biar mahal janji berbaloi!Amsyar pls cepat sihat!

No comments: