Assalammualaikum...
Sayang mama...Muhammad Amsyar Rizqy...Selamat Hari Lahir yang pertama sayang... Semoga anakanda mama membesar menjadi insan yang berguna... Berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara... Kamulah Anugerah pemberian dari Allah yang sangat bermakna...paling bermakna... Tak terungkap dengan kata-kata perasaan mama dengan kehadiran kamu sayang...
Kamu kehadiran yang dinanti dalam hidup mama dan papa... Kami menunggu kamu hampir 2 tahun... Masih teringat hari pertama mama mendapat perkhabaran gembira... Airmata mengalir seakan tidak percaya diatas pemberian Yang Esa... Pengubat segala duka dan lara... Penawar segala derita dan sengsara segala caci dan hina... dari mereka yang tak henti-henti bertanya... yang tidak memahami bahawa cahaya mata itu bukan boleh diperoleh segera...
Papa lah yang sentiasa berada disisi mama... Saat-saat sukar mama menerima ketentuan Yang Esa... Papa lah yang menyapu air mata... Ohhh... semuanya tak terluah dengan kata...
Untuk suamiku... Pasti abang ingat semua itu kan...waktu-waktu Allah menguji kita suami isteri... Terima Kasih kerana sentiasa memahami sehingga kini... Saya bersyukur bersuamikan kamu sayang... Sudah tiba masa Allah memberi tanggungjawab untuk kita membesar dan mendidik amanat-Nya...saham syurga kita... Agar membesar menjadi manusia berguna...
Ya Allah...Ya Tuhanku... Panjangkan umur anakku, berikan kesihatan yang baik padanya, jadikan nya zuriat kami suami isteri zuriat yang soleh, permudahkan kami untuk mendidik dan membesar Muhammad Amsyar Rizqy menjadi insan yang berguna dan taat pada perintah Mu dan Rasul-Nya.. jadi kan kami suami isteri ibu bapa yang sentiasa bersabar dan tabah atas kerenah anak kami, berikan petunjukMu Ya Allah...
Ya Allah...permudahkan urusanku, permudahkan rezekiku agar aku dapat menyusukan anakku ini sehingga umurnya 2 tahun sebagaimana suruhanMu. Berikan syafaatMu dalam setiap titis susu dariku untuk anakku Ya Allah...Amin...
Sayang Mama Muhammad Amsyar Rizqy... Happy Birthday yang pertama!!! Mama dan Papa sayang kamu bangat!!!
[berharap suatu hari nanti Amsyar baca luahan ni :)]
Nota kaki : Hanya ibu-ibu yang pernah TTC yang mungkin memahami perasaan ini. Untuk kekawan yang masih TTC, jangan berhenti berharap, berdoa dan berusaha...Insyaallah suatu hari nanti rezeki untuk kamu pasti tiba jua...
No comments:
Post a Comment