Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Amalan ni dapat dari FB Pak Ngah(Farit Ismeth Imer).Sekadar berkongsi dengan rakan2 yang masih menanti kehadiran zuriat.Boleh dijadikan amalan dan panduan.

1. Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap
awal pagi - untuk si suami
2. Buat senaman batin tiap-tiap kali bangun tidur waktu pagi –untuk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat, apabila ke masjid.
4. Doa Nabi Zakaria
5. Surah AlWaqiah selepas subuh
6. Lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN

1. Badam (Almond) 5 biji setiap hari
2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Jauhkan /pantang makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas atau minuman yang
berasid. Jangan makan seafood, boleh ambil spirulina setiap hari, makan sayur dan
buah-buahan. Suami perlu banyak makan berasid seperti daging, ayam dan lain-lain.
6. Jangan minum air kelapa

CARA SENAMAN BATIN

1. Duduk bersila badan tegak
2. Selepas itu, luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri.
Tarik nafas dalam-dalam (secara perlahan-lahan)
4. Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga
menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau
ikut kemampuan.
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula
6. Lakukan 3 kali selama seminggu, setiap kali lepas sembahyang subuh.Jika betul
caranya, peluh akan keluar walaupun baru buat 3 kali.

MASA BERJIMAK

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak dia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak dia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak dia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila anda keluar bermusafir dalam tempoh 3 hari 3 malam. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang ahli sihir, penipu dan menghendaki dunia daripada akhirat.


CARA BERJIMAK YANG DITUNTUT

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak dia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkan (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga dia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas Aasar. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak dia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.


MMJ: tak salah berusaha kan...

Kredit dari :https://www.facebook.com/home.php#!/notes/pak-ngah-farit-ismeth-emir/amalan-untuk-mendapatkan-zuriat/204798079560680

No comments: