KISAH 3 HARI...

ASSALAMMUALAIKUM....

Lamanya tak update blog..bukan tak mau nak update tapi idea mengupdate memang takde langsung-->kekontongan idea.:(

Bulan ni macam bulan yang sebelum ni.HAMPA..:)

Tapi bulan ni emosi saya lebih S.T.A.B.I.L

Sebabnya..totally saya pasrah,saya terima takdir Allah.Saya tak fikir pun pasal anak.

And one thing...saya pasrah menerima perkabaran gembira kawan2 yang mengandung.Kalu dulu saya pasti menangis kalau dengar mereka mengandung tapi kini saya masih lagi menangis tapi tangisan itu cuma didalam hati..I always try to be POSITIVE!!

Yup..berbalik pasal 3 hari yang lepas..saya pergi berurut dengan Makcik Zai.Saya panggil dia Mak Zai je.Mak Zai ni umurnya dah 54 tahun..but Mak Zai tak nampak pun macam umur 54.betul!1st day berurut saya pergi malam hari jumaat...and 1st time saya berurut sebegitu.Maksudnya-->diurut dibahagian perut.Mak zai kata rahim saya ke bawah..Mak zai naikkan peranakan saya..Masa tu hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya...Wuhh!!!memang sakit.

Hari kedua dan ketiga pun sama cuma keadaan rahim saya dh keatas sedikit jadi takde la rasa sakit walaupun kesan kesakitan urut hari jumaat tu masih terasa. Yang best nya..Mak Zai buat jamu sendiri dan dia memang amalkan makan jamu.Aku???huh malas nk mkn jamu2 ni semua.Tapi lepas nih kalu nak body cantik kena makan Jamu hoccay!!!

Haa...banyak pesanan Mak Zai untuk saya yang nak saya kongsikan dengan mereka yang TTC ..antaranya...:

1)Mak Zai kata waktu subur seorang perempuan adalah waktu selepas habis period.Jadi
selepas je period habis seeloknya ML la ngan suami selama 7 hari berturut2..

2)Jangan minum ais yang ada ais kiub tuh.Kalu air dalam peti sejuk tuh dibenarkan ye
kekawan.So after this kalu mkn dkt kedai nak kena order air suam je la..

3)Tidak dibenarkan sekali minum air tebu.Air tebu tu boleh mengembangkan urat
kita.Sangat la tak sesuai untuk perempuan yang mahu mengandung.

4)Katakan tidak pada air kelapa.sebabnya adalah..alamak saya tak ingat pulak nape tak
dibenarkan minum air kelapa nih???kuang kuang...tapi tak payahla minum ye:)

Upah untuk urut 3 hari tersebut termasuk jamu yang dibekalkan adalah RM200 sahaja.Mak zai pesan kalau bulan ni period lagi pergi berurut lagi dan seelok2nya urut waktu tengah period.

Corat-coret MMJ:Semoga ada sinar bahagia bulan ni..Hmmm..mendapat perkabaran gembira dari husband yang biras saya sedang mengandung 2 bulan.Tangisan dalam kegembiraan seperti selalu.

No comments: