Nak cerita apa yang aku buat pagi tadi. Pagi tadi aku dan suami attend ceramah penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh KK yang aku dok buat check up bulanan tu. Ceramah sepatutnya start pukul 8.30 pagi tetapi sebab ada ibu2 mengandung yang datang lambat, ceramah dianjakkan ke jam 9.30 pagi. Nasib dah sarapan pagi kalau tak hangin jugak lah kan...
Mula-mula En.suami bagitau kalau tak dak bapak-bapak yang attend ceramah tuh dan cuma dia sorang je dia nak tunggu dalam kereta. Tapi aku cakap rugilah kalau tak mau dengar sebab benda ni semua ilmu free bagus kalau tahu. Akhirnya....
~ Hahaha...berjaya dipujuk! Muka tak rela...b i respect u laa!! walaupun cuma ada 2 lelaki!
~Tuan blog di pagi hari
~Hoyyyey!!!ceramah baru nak start time nih.
~Ada ceramah senaman antenatal jugak. Kena praktis nih, untuk memudahkan bersalin.
So far banyak jugak maklumat yang aku dapat dari ceramah nih. Antaranya:
- hanya susu ibu yang boleh diberi sehingga anak berusia 6 bulan.
- air masak dan makanan tambahan (solid food) tidak dibenarkan langsung sehingga anak berumur 6 bulan.
- susu ibu mengandungi antibodi yang paling bagus untuk melindungi baby sebaik sahaja lahir.
- Kolustrum (cecair kuning susu yang mula2 keluar) adalah antibodi untuk baby. Sila jangan buang!bagi pada baby sebaik sahaja baby lahir.
- Ikutkan polisi penyusuan ibu, botol tidak boleh digunakan langsung untuk menyusu. Cawan kecik khas untuk penyusuan harus digunakan.-->yang ni aku tak boleh nak praktikkan sebab anak confirm tinggal dengan baby sitter kan.Kesian BS nanti jenuh nak bagi pakai cawan. Baby pun tak puas nanti.
Memang niat dihati sebelum berjaya pregnant lagi nak susukan baby secara ekslusif. Dah dapat keizinan dari suami dan sekarang dah nampak suami mula bagi sokongan. Terima kasih awak!!! Semoga Allah permudahkan segalanya....




No comments:
Post a Comment